IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA TERHADAP SEKOLAH
- aztima79
- Mar 26, 2024
- 1 min read

JENIS SEKOLAH
• Amalan dalam sistem persekolah di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan sistem berpusat, namum pelaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah berbeza.
• Budaya sekolah juga berbeza memandangkan sekolah tertentu berbentuk etnosentrik (satu kaum etnik).
• Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza. Waga sekolah yakni guru atau murid juga mempunyai latar belakang berbeza.
• Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majoriti tersebut.
• Bagi sekolah-sekolah rancangan khas seperti sekolah berprestij tinggi,sekolah berasrama penuh, sekolah kluster kecemerlangan, budayadan aspirasi sekolah juga akan turut terserlah.
• Guru dan murid akan bergerak seiring untuk mencapai matlamat sekolah. Masalah sosial, sikap dan pencapaian mungkin tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah harian
KEPIMPINAN SEKOLAH
• Berjaya atau sebaliknya sesebuah institusi atau sekolah bergantung kepada gaya kepimpinan pengurus sekolah.
• Pengurus yang baik dapat mewujudkan sebuah iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan.
• Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah melalui kerjasama antara sekolah dan komuniti, khusnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat memanfaatkan sekolah.
LOKALITI SEKOLAH
• Sekolah-sekolah yang terletak di bandar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya, iaitu kelas sosial dan etnik.
• Cabaran yang dihadapi di sekolah bandar juga pelbagai kerana kesan pengaruh sosiobudaya tempatan.
• Sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah.
• Sekolah-sekolah luar bandar sering menghadapi masalah kekurangan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yangrendah.



Comments